Nilai: Saling Menghormati antara Negara Penerangan nilai: Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat 1. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali kerana: a) ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology b) tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain 2. Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara dengan cara setiap Negara di rantau Asia Tenggara: -bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar -tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar -menjaga hubungan baik dengan Negara luar 3. Ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin Negara ASEAN ialah: a) mereka perlu memahami pendirian setiap Negara anggota berhubung dengan sesuatu isu supaya tidak timbul sebarang percanggahan dan pertelingkahan yang boleh membawa kemudaratan kepada sesebuah Negara b) mengambil kira sensitivit