Skip to main content

7.2 Saling membantu dan bekerjasama

Nilai:  Saling membantu dan bekerjasama

Penerangan nilai:  Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat



1.      Ciri-ciri masyarakat Malaysia menjelang 2020 ialah
-masyarakat yang bersatu, bebas, tenteram, maju, bermoral dan beretika, liberal, bertolak ansur, saintifik dan progresif, penyayang, adil dalam ekonomi dan berdaya saing

2.      Sikap yang perlu dimiliki oleh masyarakat Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran Wawasan 2020 ialah:
a)    memiliki keyakinan diri
b)    berani menghadapi pelbagai cabaran
c)     berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang

3.      Peranan pihak berikut dalam membantu merealisasikan Wawasan 2020 :
a)    Pelajar
-belajar bersungguh-sungguh
-menjadi warganegara yang bertanggungjawab
-menjadi warganegara yang mahir dan berpengetahuan
-menjadi pelajar contoh dalam pelbagai bidang
-yakin pada diri sendiri
-tidak mudah mengalah pada cabaran dan rintangan
-mengamalkan disiplin diri yang tinggi
-berdoa kepada Tuhan setelah berusaha bersungguh-sungguh
-mengamalkan budi pekerti yang mulia dan bermoral
-mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan-rakan pelbagai kaum
-bersikap penyayang dengan membantu pelajar yang kurang bernasib baik

b)    Masyarakat
-menganjurkan pelbagai program perpaduan masyarakat
-bekerjasama dalam menjayakan sesuatu perayaan/sambutan seperti perkahwinan
-bantu-membantu sesama jiran
-merancang program keselamatan di taman kediaman seperti Rukun Tetangga

4.      Kelebihan wawasan 2020 terhadap masyarakat dan Negara
-masyarakat maju dalam pelbagai bidang
-taraf kehidupan masyarakat bertambah baik
-masyarakat menguasai pelbagai bidang ilmu

5.      Contoh program yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk mencapai matlamat dalam Wawasan 2020 ialah:
a)    mewujudkan perpaduan antara pelajar di sekolah
-persembahan kebudayaan/gotong royong
b)    pelajar maju dan berjiwa tenteram
-mengadakan kelas bimbingan
c)     pelajar yang berfikiran matang dan demokrasi
-mengadakan pertandingan perbahasan
d)    pelajar bermoral
-menganjurkan kutipan derma/kerja amal
e)     pelajar liberal dan bertolak ansur
-mengadakan aktiviti berpersatuan
f)      pelajar saintifik dan progresif
-mengadakan pertandingan sains dan reka cipta/pertandingan saintis muda
g)    menanam budaya penyayang di kalangan pelajar sekolah
-mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah kebajikan
h)    memastikan keadilan berlaku di sekolah
-menganjurkan kuiz
i)       mewujudkan suasana makmur di kalangan pelajar sekolah
-mengadakan orientasi pelajar

Comments

Popular posts from this blog

6.5 Sikap Keterbukaan

Nilai:  Sikap keterbukaan Penerangan nilai:  Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan norma masyarakat  Malaysia 1.       Seseorang itu perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat, teguran dan kritikan kerana : a)     setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan b)     setiap manusia perlu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada mereka 2.       Antara faedah mengamalkan sikap keterbukaan ialah : a)     mudah didekati dan diajak berbincang b)     dapat membentuk remaja menjadi insan yang lebih baik c)      dapat membentuk sikap yang tidak mementingkan diri sendiri d)     bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar pandangan dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri 3.       Mereka yang tidak mahu menerima kritikan dan nasihat daripada orang lain ialah orang yang a)     tidak bersikap positif terhadap nasihat, teguran dan kritikan yang diterima b)     tidak mahu memperbaiki kelemahan diri c)     

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara

Nilai:  Penglibatan diri dalam pembangunan Negara Penerangan nilai:  Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan  Malaysia . 1.    Kepentingan aktiviti perkhidmatan sosial kepada masyarakat ialah: a)     meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sosial yang memerlukan perkhidmatan sukarelawan b)     memupuk kerjasama dan perpaduan antara anggota sukarela c)      meningkatkan pengetahuan dan kemahiran d)     membantu meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan 2.    Di sekolah, aktiviti perkhidmatan sosial dijalankan melalui kegiatan kokurikulum iaitu: -unit beruniform -kelab-kelab seperti Kelab Interact, Kelab Leo -persatuan-persatuan seperti persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pendidikan Moral dan Kebajikan 3.    Faedah melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan sosial ialah: a)     meningkatkan kemahiran diri tentang aktiviti yang dijalankan b