Skip to main content

6.5 Sikap Keterbukaan

Nilai:  Sikap keterbukaan
Penerangan nilai:  Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan norma masyarakat Malaysia

1.     Seseorang itu perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat, teguran dan kritikan kerana :
a)   setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan
b)   setiap manusia perlu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada mereka

2.     Antara faedah mengamalkan sikap keterbukaan ialah
a)   mudah didekati dan diajak berbincang
b)   dapat membentuk remaja menjadi insan yang lebih baik
c)    dapat membentuk sikap yang tidak mementingkan diri sendiri
d)   bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar pandangan dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri

3.     Mereka yang tidak mahu menerima kritikan dan nasihat daripada orang lain ialah orang yang
a)   tidak bersikap positif terhadap nasihat, teguran dan kritikan yang diterima
b)   tidak mahu memperbaiki kelemahan diri
c)    sentiasa fakir mereka betul dan lebih berpengalaman dan orang lain semuanya salah

4.     Contoh bersikap terbuka terhadap
a)   anggota keluarga
-menerima teguran daripada ibu bapa dengan hati yang terbuka
-tidak menyimpan dendam terhadap ibu/bapa/anggota keluarga
-bersedia memperbaiki diri dan memastikan kesalahan itu tidak berulang lagi
b)   pihak sekolah
-menerima hukuman yang dijatuhkan oleh pihak sekolah dengan rela jika melakukan kesalahan
-memahami bahawa setiap kesalahan perlu ada hukumannya
c)    masyarakat
-memperlahankan bunyi radio apabila ditegur oleh jiran
-menerima keputusan yang dibuat oleh masyarakat untuk kepentingan bersama

5.     Pelajar yang bersikap terbuka ialah pelajar yang cemerlang kerana:
a)   pelajar itu sanggup menerima teguran dan nasihat
b)   mudah untuk memperbaiki dirinya dalam segala aspek-sahsiah, kokurikulum,akademik
c)    dapat menangani cabaran hidup dengan baik

6.     Tindakan yang menunjukkan sikap keterbukaan dalam kehidupan seharian:
a)   boleh menerima teguran dengan baik
b)   sudi meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan

c)    boleh mengambil untuk membaiki keadaan/tidak akan mengulangi kejadian yang sama lagi

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

7.3 Saling Menghormati antara Negara

Nilai:  Saling Menghormati antara Negara Penerangan nilai:  Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat 1.        Malaysia  mengamalkan dasar berkecuali kerana: a)     ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology b)     tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain 2.        Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara dengan cara setiap Negara di rantau  Asia  Tenggara: -bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar -tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar -menjaga hubungan baik dengan Negara luar 3.        Ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin Negara ASEAN ialah: a)     mereka perlu memahami pendirian setiap Negara anggota berhubung dengan se...

7.2 Saling membantu dan bekerjasama

Nilai:  Saling membantu dan bekerjasama Penerangan nilai:  Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat 1.        Ciri-ciri masyarakat Malaysia menjelang 2020 ialah -masyarakat yang bersatu, bebas, tenteram, maju, bermoral dan beretika, liberal, bertolak ansur, saintifik dan progresif, penyayang, adil dalam ekonomi dan berdaya saing 2.        Sikap yang perlu dimiliki oleh masyarakat Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran Wawasan 2020 ialah: a)      memiliki keyakinan diri b)      berani menghadapi pelbagai cabaran c)       berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang 3.        Peranan pihak berikut dalam membantu merealisasikan Wawasan 2020 : a)      Pelajar -belajar bersungguh-sun...