Skip to main content

Posts

7.3 Saling Menghormati antara Negara

Nilai:  Saling Menghormati antara Negara Penerangan nilai:  Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat 1.        Malaysia  mengamalkan dasar berkecuali kerana: a)     ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology b)     tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain 2.        Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara dengan cara setiap Negara di rantau  Asia  Tenggara: -bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar -tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar -menjaga hubungan baik dengan Negara luar 3.        Ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin Negara ASEAN ialah: a)     mereka perlu memahami pendirian setiap Negara anggota berhubung dengan sesuatu isu supaya tidak timbul sebarang percanggahan dan pertelingkahan yang boleh membawa kemudaratan kepada sesebuah Negara b)     mengambil kira sensitivit
Recent posts

7.2 Saling membantu dan bekerjasama

Nilai:  Saling membantu dan bekerjasama Penerangan nilai:  Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat 1.        Ciri-ciri masyarakat Malaysia menjelang 2020 ialah -masyarakat yang bersatu, bebas, tenteram, maju, bermoral dan beretika, liberal, bertolak ansur, saintifik dan progresif, penyayang, adil dalam ekonomi dan berdaya saing 2.        Sikap yang perlu dimiliki oleh masyarakat Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran Wawasan 2020 ialah: a)      memiliki keyakinan diri b)      berani menghadapi pelbagai cabaran c)       berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang 3.        Peranan pihak berikut dalam membantu merealisasikan Wawasan 2020 : a)      Pelajar -belajar bersungguh-sungguh -menjadi warganegara yang bertanggungjawab -menjadi warganegara yang mahir dan berpengetahuan -menjadi pelajar contoh dalam pelbagai bidang -yakin pada diri sendiri -tid

7.1 Hidup bersama secara aman

Nilai:  Hidup bersama secara aman Penerangan nilai:  Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya 1.      Pihak-pihak yang bertanggungjawab mewujudkan keharmonian rakyat di Negara ini ialah: -rakyat,agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO) 2.      Pihak-pihak berkenaan boleh memainkan peranan mereka dengan cara yang berikut: a)     Rakyat -Tidak menyentuh isu-isu sensitive yang boleh memecahbelahkan rakyat -berkawan dengan semua orang secara ikhlas tanpa prasangka b)     Agensi kerajaan -melaksanakan pelbagai dasar perpaduan melalui kementerian dan jabatan -menyokong segala usaha yang dilakukan untuk menyatupadukan rakyat c)      Agensi bukan kerajaan -menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan agama -merancang dan menaja program-program perpaduan masyarakat 3.      Antara aktiviti  untuk mewujudkan perpaduan ialah

5.4 Menghormati hak golongan kurang berupaya

Nilai:  Menghormati hak golongan kurang berupaya Penerangan nilai:  Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang upaya supaya mereka tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insane ciptaan Tuhan 1.  Contoh kejayaan golongan kurang berupaya: a)J.M.Aziz (penyair tanah air) b)Ismail Mohd.Salleh (ahli akademik) c)Ahmad Amil Usin (paralimpik) d)Hellen Keller (aktivitiv kurang upaya) 2.  Sifat-sifat yang mendorong kepada kejayaan golongan kurang berupaya: ~tidak mudah putus asa/ gigih menghadapi cabaran ~dedikasi ~daya usaha ~berfikiran terbuka ~tidak menganggap kecacatan itu sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan 3.  Masyarakat boleh mengiktiraf sumbangan golongan kurang berupaya dengan cara: ~menerima mereka sebagai sebahagian daripada pekerja yang boleh memberi sumbangan kepada ekonomi Negara ~memberi mereka peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diminati ~menyokong pelbagai usaha yang dijalankan

5.3 Melindungi hak pekerja

Nilai:  Melindungi hak pekerja Penerangan nilai:  Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan,jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara 1. Fungsi Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Sumber Tenaga Manusia:       ~menggalakkan hubungan baik antara pekerja dan majikan       ~menyelesaikan masalah yang timbul antara majikan dan pekerja       ~mewujudkan suasana yang harmoni dalam sektor perindustrian ~menjaga kebajikan pekerja dari segi membayar gaji minimum dan menentukan hari kelepasan am ~memastikan pekerja dan majikan mematuhi Akta Pekerjaan ~melengkapi pekerja dengan ilmu dan kemahiran serta kepakaran 2 . Peranan Kesatuan Pekerja: ~menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja yang ditindas atau tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara ~menghantar wakil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja dengan majikan mereka ~merujuk kes itu kepada Kementerian Sumber Manusia sekiranya rundingan tidak Berjaya

5.2 Menghormati hak wanita

Nilai:  Menghormati hak wanita Penerangan nilai:  Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara 1.  Objektif  Dasar Wanita Negara ialah: ~menjamin perkongsian pemilikan sumber dan maklumat yang saksama antara lelaki dan wanita ~mengintegrasikan kaum wanita ke dalam sector pembangunan Negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka 2.  Dasar Wanita Negara melindungi hak wanita dari segi perkara-perkara yang berikut dengan cara: a)pekerjaan ~membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang kenaikan pangkat kepada wanita ~memberi peluang kepada wanita untuk meningkatkan kerjaya masing-masing melalui latihan-latihan ~memberi peluang kepada wanita untuk membuat keputusan penting ~melindungi wanita dari aspek keselamatan di tempat kerja b)peluang pendidikan ~menekankan peluang pendidikan sepanjang hidup ~memberi peluang kepada kaum wanita untuk terus mengembangkan ilmu

6.5 Sikap Keterbukaan

Nilai:  Sikap keterbukaan Penerangan nilai:  Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan norma masyarakat  Malaysia 1.       Seseorang itu perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat, teguran dan kritikan kerana : a)     setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan b)     setiap manusia perlu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada mereka 2.       Antara faedah mengamalkan sikap keterbukaan ialah : a)     mudah didekati dan diajak berbincang b)     dapat membentuk remaja menjadi insan yang lebih baik c)      dapat membentuk sikap yang tidak mementingkan diri sendiri d)     bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar pandangan dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri 3.       Mereka yang tidak mahu menerima kritikan dan nasihat daripada orang lain ialah orang yang a)     tidak bersikap positif terhadap nasihat, teguran dan kritikan yang diterima b)     tidak mahu memperbaiki kelemahan diri c)