Skip to main content

7.1 Hidup bersama secara aman

Nilai:  Hidup bersama secara aman
Penerangan nilai:  Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

1.    Pihak-pihak yang bertanggungjawab mewujudkan keharmonian rakyat di Negara ini ialah:
-rakyat,agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO)

2.    Pihak-pihak berkenaan boleh memainkan peranan mereka dengan cara yang berikut:
a)   Rakyat
-Tidak menyentuh isu-isu sensitive yang boleh memecahbelahkan rakyat
-berkawan dengan semua orang secara ikhlas tanpa prasangka
b)   Agensi kerajaan
-melaksanakan pelbagai dasar perpaduan melalui kementerian dan jabatan
-menyokong segala usaha yang dilakukan untuk menyatupadukan rakyat
c)    Agensi bukan kerajaan
-menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum dan agama
-merancang dan menaja program-program perpaduan masyarakat

3.    Antara aktiviti  untuk mewujudkan perpaduan ialah:
-gotong royong
-sukaneka
-pertandingan
-persembahan kebudayaan
-sukan
-kokurikulum

4.    Sikap yang harus ditunjukkan oleh rakyat berbilang kaum dalam memupuk keharmonian hidup ialah:
-bersatu padu
-prihatin
-saling mengambil berat antara satu sama lain
-bermasyarakat
-tolong-menolong
-hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
-bertolak ansur

5.    Semua pihak perlu melibatkan diri dalam usaha menyatupadukan rakyat
a)   kerana menyatupadukan rakyat bukan usaha satu pihak tetapi melibat usaha secara kolektif daripada rakyat dan kerajaan
b)   supaya dapat memupuk persefahaman dan perpaduan antara kaum

c)    supaya dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian hidup 

Comments

Popular posts from this blog

6.5 Sikap Keterbukaan

Nilai:  Sikap keterbukaan Penerangan nilai:  Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan norma masyarakat  Malaysia 1.       Seseorang itu perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat, teguran dan kritikan kerana : a)     setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan b)     setiap manusia perlu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada mereka 2.       Antara faedah mengamalkan sikap keterbukaan ialah : a)     mudah didekati dan diajak berbincang b)     dapat membentuk remaja menjadi insan yang lebih baik c)      dapat membentuk sikap yang tidak mementingkan diri sendiri d)     bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar pandangan dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri 3.       Mereka yang tidak mahu menerima kritikan dan na...

7.3 Saling Menghormati antara Negara

Nilai:  Saling Menghormati antara Negara Penerangan nilai:  Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat 1.        Malaysia  mengamalkan dasar berkecuali kerana: a)     ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology b)     tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain 2.        Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara dengan cara setiap Negara di rantau  Asia  Tenggara: -bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar -tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar -menjaga hubungan baik dengan Negara luar 3.        Ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin Negara ASEAN ialah: a)     mereka perlu memahami pendirian setiap Negara anggota berhubung dengan se...

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara

Nilai:  Penglibatan diri dalam pembangunan Negara Penerangan nilai:  Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan  Malaysia . 1.    Kepentingan aktiviti perkhidmatan sosial kepada masyarakat ialah: a)     meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sosial yang memerlukan perkhidmatan sukarelawan b)     memupuk kerjasama dan perpaduan antara anggota sukarela c)      meningkatkan pengetahuan dan kemahiran d)     membantu meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan 2.    Di sekolah, aktiviti perkhidmatan sosial dijalankan melalui kegiatan kokurikulum iaitu: -unit beruniform -kelab-kelab seperti Kelab Interact, Kelab Leo -persatuan-persatuan seperti persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pendidikan Moral dan Kebajikan 3.    Faedah melibatkan diri dalam ...