Skip to main content

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara

Nilai:  Penglibatan diri dalam pembangunan Negara
Penerangan nilai:  Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

1.  Kepentingan aktiviti perkhidmatan sosial kepada masyarakat ialah:
a)   meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sosial yang memerlukan perkhidmatan sukarelawan
b)   memupuk kerjasama dan perpaduan antara anggota sukarela
c)    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
d)   membantu meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan

2.  Di sekolah, aktiviti perkhidmatan sosial dijalankan melalui kegiatan kokurikulum iaitu:
-unit beruniform
-kelab-kelab seperti Kelab Interact, Kelab Leo
-persatuan-persatuan seperti persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pendidikan Moral dan Kebajikan

3.  Faedah melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan sosial ialah:
a)   meningkatkan kemahiran diri tentang aktiviti yang dijalankan
b)   dapat mengetahui perkembangan yang berlaku dalam masyarakat
c)    memupuk kerjasama dan perpaduan sesame anggota sukarela dan masyarakat setempat
d)   berkhidmat untuk masyarakat dan Negara
e)    membangkitkan sikap prihatin dalam diri pelajar tentang kepentingan pembentukan masyarakat penyayang
4.  Contoh kes yang menunjukkan aktiviti perkhidmatan sosial kepada masyarakat dan Negara:
a)   menjadi ahli sukarelawan dalam Kejohanan Sukan Komanwel
b)   memghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam/peperangan/kebakaran
   
5.  Jenis khidmat sosial yang diperlukan oleh mangsa bencana alam/peperangan/kebakaran ialah
-memberi khidmat rawatan perubatan
-memberi khidmat sokongan moral
-memberi khidmat sumbangan kebendaan/kewangan

6.  Cara untuk menghulur bantuan kepada mangsa bencana alam/peperangan/kebakaran
        -sumbangan derma wang, pakaian, makanan
        -membantu menjadi sukarelawan mengurus kutipan derma
        -menyebarkan maklumat tentang mangsa tersebut kepada

masyarakat melalui internet atau media lain

Comments

Popular posts from this blog

6.5 Sikap Keterbukaan

Nilai:  Sikap keterbukaan Penerangan nilai:  Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan norma masyarakat  Malaysia 1.       Seseorang itu perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat, teguran dan kritikan kerana : a)     setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan b)     setiap manusia perlu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada mereka 2.       Antara faedah mengamalkan sikap keterbukaan ialah : a)     mudah didekati dan diajak berbincang b)     dapat membentuk remaja menjadi insan yang lebih baik c)      dapat membentuk sikap yang tidak mementingkan diri sendiri d)     bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar pandangan dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri 3.       Mereka yang tidak mahu menerima kritikan dan na...

7.3 Saling Menghormati antara Negara

Nilai:  Saling Menghormati antara Negara Penerangan nilai:  Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat 1.        Malaysia  mengamalkan dasar berkecuali kerana: a)     ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology b)     tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain 2.        Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara dengan cara setiap Negara di rantau  Asia  Tenggara: -bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar -tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar -menjaga hubungan baik dengan Negara luar 3.        Ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin Negara ASEAN ialah: a)     mereka perlu memahami pendirian setiap Negara anggota berhubung dengan se...