Skip to main content

6.3 Kebebasan bersuara

Nilai:  Kebebasan bersuara
Penerangan nilai:  Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

1.     Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan ialah setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

2.     Parlimen dengan undang-undang, boleh mengenakan sekatan yang difikirkan perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan, mengelakkan fitnah atau perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan sesuatu kesalahan.

3.     Mengikut Pindaan Perlembagaan 1971, adalah menjadi suatu kesalahan bagi sesiapa mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hal-hal mengenai kewarganegaraan, kedaulatan raja-raja, bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa-bahasa lain bagi maksud yang tidak rasmi.

4.     Rakyat di Negara Malaysia harus peka terhadap isu-isu sensitif ketika menyuarakan pendapat mereka
-untuk mengelakkan kekacauan/huru-hara di kalangan rakyat
pelbagai kaum
-supaya rakyat dapat hidup dalam keadan aman dan damai

5.     Cara pelajar mengamalkan kebebasan bersuara di sekolah ialah:
a)    tidak mengkritik perkara-perkara sensitive seperti agama/kepercayaan pelajar lain
b)    merujuk kepada guru/pentadbir sekolah jika terdapat risalah yang menyentuh tentang isu-isu perkauman di sekolah

6.     Cadangan peraturan yang berkaitan dengan kebebasan bersuara:
a)    tidak boleh menyentuh isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan Negara
b)    tidak boleh menghina dan mencaci kebudayaan, adat resam dan cara hidup kaum kain
c)     tidak boleh membuat perhimpunan secara haram terutamanya perhimpunan yang berbaur sentiment perkauman
d)    menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat

7.      Peraturan yang perlu dipatuhi dalam penulisan demi keharmonian masyarakat berbilang kaum ialah:
a)    tidak menyentuh isu sensitif tentang sesuatu kaum
b)    tidak menghina/mencaci kaum lain
c)     mempelbagaikan watak pelbagai bangsa
d)    bertemakan perpaduan/semangat bermasyarakat seperti kerjasama antara kaum

8.     Sebab peraturan tentang kebebasan bersuara dikuatkuasakan ialah:
a)    untuk menjaga keharmonian/keamanan/kedamaian Negara
b)    untuk menjaga perasaan kaum lain
c)     untuk menghormati kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum untuk mengekalkan kestabilan/keselamatan Negara
9Cara-cara rakyat menyuarakan pendapat mereka sekiranya tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara/isu dengan
      a)menulis surat/laporan kepada wakil rakyat
      b)menghantar surat kepada ruangan media
      c)membuat laporan polis

      d)mendapat permit kebenaran untuk berhimpun

Comments

Popular posts from this blog

6.5 Sikap Keterbukaan

Nilai:  Sikap keterbukaan Penerangan nilai:  Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan norma masyarakat  Malaysia 1.       Seseorang itu perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat, teguran dan kritikan kerana : a)     setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan b)     setiap manusia perlu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada mereka 2.       Antara faedah mengamalkan sikap keterbukaan ialah : a)     mudah didekati dan diajak berbincang b)     dapat membentuk remaja menjadi insan yang lebih baik c)      dapat membentuk sikap yang tidak mementingkan diri sendiri d)     bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar pandangan dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri 3.       Mereka yang tidak mahu menerima kritikan dan na...

7.3 Saling Menghormati antara Negara

Nilai:  Saling Menghormati antara Negara Penerangan nilai:  Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat 1.        Malaysia  mengamalkan dasar berkecuali kerana: a)     ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology b)     tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain 2.        Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara dengan cara setiap Negara di rantau  Asia  Tenggara: -bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar -tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar -menjaga hubungan baik dengan Negara luar 3.        Ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin Negara ASEAN ialah: a)     mereka perlu memahami pendirian setiap Negara anggota berhubung dengan se...

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara

Nilai:  Penglibatan diri dalam pembangunan Negara Penerangan nilai:  Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan  Malaysia . 1.    Kepentingan aktiviti perkhidmatan sosial kepada masyarakat ialah: a)     meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sosial yang memerlukan perkhidmatan sukarelawan b)     memupuk kerjasama dan perpaduan antara anggota sukarela c)      meningkatkan pengetahuan dan kemahiran d)     membantu meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan 2.    Di sekolah, aktiviti perkhidmatan sosial dijalankan melalui kegiatan kokurikulum iaitu: -unit beruniform -kelab-kelab seperti Kelab Interact, Kelab Leo -persatuan-persatuan seperti persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pendidikan Moral dan Kebajikan 3.    Faedah melibatkan diri dalam ...