Skip to main content

6.3 Kebebasan Beragama

Nilai:  Kebebasan Beragama
Penerangan nilai:  Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

1.            Perkara yang terkandung dalam perlembagaan berkaitan dengan kebebasan agama ialah:
-Sungguhpun Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agama masing-masing. 
-Setiap orang juga berhak untuk mengembangkan agamanya tetapi undang-undang negeri boleh mengawal/menyekat pengembangan apa-apa agama,iktikad atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam
-Kebebasan diberi untuk menjalankan kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam
2.            Contoh tempat beribadat untuk pelbagai kaum diMalaysia:
a)   Islam-Masjid
b)   Buddha-tokong
c)    Kristian-gereja
d)   Hindu-kuil
e)    Punjabi-Gudwara

3.            Amalan murni yang terdapat di semua tempat beribadat ialah seperti berikut:
a)   menjaga kebersihan diri
b)   menjaga kebersihan persekitaran
c)    berpakaian sopan

4.            Kepentingan menjaga dan menghormati tempat beribadat pelbagai penganut agama ialah:
a)   boleh mengeratkan perhubungan dan persahabatan antara penganut pelbagai agama
b)   menghormati hak kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan

5.            Rakyat Malaysia boleh saling membantu dalam menjaga kesucian tempat beribadat masing-masing dengan cara:
a)   mematuhi peraturan rumah-rumah beribadat
b)   memasuki rumah ibadat penganut lain dengan izin

6.            Cara-cara menunjukkan kebebasan beragama dalam kehidupan seharian ialah:
a)   tidak mengganggu rakan yang sedang melaksanakan tanggungjawab keagamaannya walaupun ada urusan
b)   tidak mengadakan mesyuarat/aktiviti penting semasa rakan perlu melaksanakan keagamaan mereka
menyediakan menu yang mengambil kira pantang larang pelbagai agama

Comments

Popular posts from this blog

6.5 Sikap Keterbukaan

Nilai:  Sikap keterbukaan Penerangan nilai:  Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan norma masyarakat  Malaysia 1.       Seseorang itu perlu bersikap terbuka dalam menerima nasihat, teguran dan kritikan kerana : a)     setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan b)     setiap manusia perlu memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada pada mereka 2.       Antara faedah mengamalkan sikap keterbukaan ialah : a)     mudah didekati dan diajak berbincang b)     dapat membentuk remaja menjadi insan yang lebih baik c)      dapat membentuk sikap yang tidak mementingkan diri sendiri d)     bersedia dengan hati yang terbuka untuk mendengar pandangan dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri 3.       Mereka yang tidak mahu menerima kritikan dan na...

7.3 Saling Menghormati antara Negara

Nilai:  Saling Menghormati antara Negara Penerangan nilai:  Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat 1.        Malaysia  mengamalkan dasar berkecuali kerana: a)     ingin menjalinkan hubungan yang baik dengan semua Negara tanpa mengira ideology b)     tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain 2.        Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara dengan cara setiap Negara di rantau  Asia  Tenggara: -bebas menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar -tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar -menjaga hubungan baik dengan Negara luar 3.        Ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin-pemimpin Negara ASEAN ialah: a)     mereka perlu memahami pendirian setiap Negara anggota berhubung dengan se...

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara

Nilai:  Penglibatan diri dalam pembangunan Negara Penerangan nilai:  Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan  Malaysia . 1.    Kepentingan aktiviti perkhidmatan sosial kepada masyarakat ialah: a)     meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti sosial yang memerlukan perkhidmatan sukarelawan b)     memupuk kerjasama dan perpaduan antara anggota sukarela c)      meningkatkan pengetahuan dan kemahiran d)     membantu meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan 2.    Di sekolah, aktiviti perkhidmatan sosial dijalankan melalui kegiatan kokurikulum iaitu: -unit beruniform -kelab-kelab seperti Kelab Interact, Kelab Leo -persatuan-persatuan seperti persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Pendidikan Moral dan Kebajikan 3.    Faedah melibatkan diri dalam ...